Saturday, December 21, 2013

KARI KAMBING ISTIMEWA CHEF WAN




KARI KAMBING ISTIMEWA CHEF WAN
By: Dato Chef Wan
Rujukan : Buku Masakan Sedapnyaaa...2

1/2 cawan minyak sapi...

4 tangkai daun kari
1 kg daging kambing batang pinang ~ dihiris
2 biji tomato ~ potong baji
1 cawan krim putar
1/2 cawan yogurt
gula secukup rasa ~ gula melaka pun boleh
Garam secukup rasa
Segengam Daun ketumbar ~ dicincang

Pes Rempah
15 ulas bawang merah
2 labu bawang besar ~ dipotong
3 cm halia ~ dihiris
6 ulas bawang putih
6 tangkai cili hijau ~ di buang biji dan hiris
4 kaki akar ketumbar
segengam daun pudina
20 biji lada hitam

Rempah Ratus
6 kuntum bunga cengkih
2 cm kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Rempah Serbuk
1 sudu besar garam marsala
1 sudu teh serbuk lada putih
3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar cili serbuk
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar

Campurkan bahan-bahan rempah di dlm mesen pengisar dan kisar hingga halus.
Panaskan minyak sapi di dlm periuk atau kuali yang dalam .
Masukkan daun kari, rempah ratus dan pes rempah.
Tumis atas api kecil selama 10 minit atau sehingga harum.
Bancuhkan rempah serbuk dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
Campurkan dalam rempah yang sedang ditumis bersama-sama daging kambing.
Kacau selalu selama kira-kira 15 minit atau sehingga daging disaluti dengan bahan rempah dan perisa meresap ke dalam daging.
Tambahkan air secukupnya untuk meliputi bahan-bahan
Renihkan, kacau selalu selama 1 jam atau sehingga daging empuk.
Masukkan tomato, krim putar dan yogurt
Perasakan secukupnya dengan gula dan garam.
Taburkan daun ketumbar dan kacau rata.
Angkat dari api dan hidangkan bersama nasi atau roti.

# Boleh gantikan daging kambing dgn daging lembu/kerbau.

Kuih Peneram




1cwn gula merah
1cwn gula pasir
(masak sampai hancur gula sahaja)
4cwn tepung beras...

2 sudu besar tepung gandum
(campur kedua2 tepong)


Cara:-
Uli tepung dgn gula yg dimasak sampai sebati dan perap semalaman..
 Esoknya baru goreng..

Ikan Siakap Bakar



Bahan2 nya
1 ekor ikan siakap segar
1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih
bahan2 di atas dikisar halus
2 batang serai di titik saja
4 sudu besar cili kisar
1 kuib knorr ikan bilis
1 biji buah tomato
2 biji limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara2 nya
Panaskan minyak di kuali dan letakkan 2 batang serai yang di titik. Tumiskan bawang kisar dan cili kisar bersama knorr. Goreng hingga cili nya masak letakan garam dan gula secukup rasa. Di dulang pembakar, letakan aluminium foil dan daun pisang. Letakan ikan dan buah tomato hiris. Tuangkan sambal dan balut ikan nya. Panaskan ketuhar pada suhu 170C. Letakan ikan dan panggang selama 20mins. Bila sudah masak, buka dan panggang ikan pada api atas untuk 8mins. Sajikan dengan perahan jus limau kasturi dengan nasi putih.

Sunday, November 3, 2013

MEE KARI UDANG



Mee Kari Udang

Bahan-bahannya:

Mee kuning - dicelur
Udang kering - dicuci bersih dan direndam sekejab
Kerang - bersihkan
Ayam - dipotong ikut suka
Bebola ikan
Tauhu goreng
Rempah kari

Rempah 5 beradik
Santan
Keledek - direbus dan dikisar
Serai - dititik

Sayur sawi - dicelur
Taugeh - dicelur
Telur - direbus

Cara-cara membuat kuah:

1. Tumis kulit kayu manis, rempah 5 beradik dan udang kering.


2. Masukkan bawang, lada kering dan rempah kari. Tumis sehingga garing.


3. Masukkan santan lalu masukkan semua bahan yang lain (udang, kerang, ayam, bebola ikan dan serai). Didihkan.

4. Apabila sudah mendidih, masukkan keledek, tauhu goreng dan garam secukup rasa.

Saturday, November 2, 2013

Snow Cheese Cake



Snow Cheese Cake

Bahan: 
(Guna loyang bulat 8 in)
6 biji telur ayam (ambil kuning saja)
100g gula halus
100g tepung gandum (blue key/super fine)
60g tepung jagung
50g air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovalet
75g mentega (dicairkan)

Untuk krim:
1 kotak cream cheese philadelphia/takura (250 gm)
1/2 tin susu pekat manis

Untuk Toping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara:
Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
Sediakan acuan yang telah disapu dengan sedikit butter.
Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C.


Resepi asal :

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202507043222232&set=gm.610975698959257&type=1&theater

Kek Lapis Evergreen



Kek Lapis Evergreen

Bahannya:

10bj telur gred A
450g mentega
200g tep hong kong
150g gula halus
100g serbuk horlick
340g susu manis
1 botol besar pandan paste
1 sudu besar ovallete
1 tin kecil serikaya
100g santan paket
1 sudu kecil esen vanilla
Caranya:
1) Pukul telur,gula n ovalette hingga kembang.ketepikan.
2) Dalam bekas yg berasingan pkl mentega bersama susu manis hingga putih berkrim.kemudian masukkan serbuk santan & putar lagi hingga sebati.
3) Satukan adunan telur dan mentega tadi.sebatikan.
4) Setelah itu masukkan serikaya,pes pandan n horlick.kacau hingga betul2 sebati.
5) Akhir sekali masukkan tep hong kong n esen vanilla.kacau hingga betul2 sebati.
6) Sediakan acuan 8x8 yg telah di sapu dengan mentega tadi di sekeliling.tuang 1 senduk adunan dan ratakan.
7)Bakar lapisan pertama sehingga bertukar warna keperangan dgn menggunakan api atas n bawah.(jika suka tekan dgn acuan zig zag)
Untuk lapisan ke-2 dan seterusnya menggunakan api atas saja sehingga keperangan.
Ulangi proses hingga habis.

Friday, November 1, 2013

PUDING COKLAT



PUDING COKLAT

1/2 cwn serbuk koko
1 cwn gula
1/2 cwn susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cwn air
4 sudu besar tepung jagung/tepung kastard
1/2 sudu esen vanila
2 1/2 sudu besar butter
10gm agar-agar serbuk

Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan ke dlm loyang/acuan yg disukai. Sejukkan puding.

* Untuk memudahkan puding keluar dari acuan, basahkan dulu acuan dgn air sebelum tuangkan puding.

Sambal Sardine Pizza





Pizza Sambal Sardine. Spicy Sardine Pizza.Bon Appetit

Bahan2 untuk Doh
1 kg tepung roti (bread flour)
2 sudu besar garam (sukatan rata) 
2 sudu besar gula (sukatan rata)
2 sudu besar minyak zaitun (Olive Oil)
2 peket ragi segara (2 packet instant yeast)
500ml susu lemak cair / air suam (suhu bilik)

Sos Sambal Tumis Sardine. (Pizza Sardine)

Bahan2nya
2 tin Sardine Tomato
2 biji bawang besar dikisar
Sedikit belachan
2 ulas bawang putih dikisar
Cili Kisar (Ikut Cita rasa - tampa cuka)
Bagi yang hendak lagi pedas letak cili api-dipotong halus.
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara2nya
Panaskan minyak, masukan bahan2 kisar dan tumis hingga masak. Tuangkan
sos tomato sardine kedalam dan gaulkan supaya sebati. Letakan garam dan gula secukup rasa. Bila sos sudah masak. Ikan sardine nya di lenyit2 supaya, ia menjadi pekat pada sosnya. Ambil secukupnya dan letakan pada roti pizza sebagai sos. Letakan topping - tomatoe hiris dan bawang besar. Kemudian cheese nya - Mozzarella & Cheddar & parmesan. Bakar pizza di oven selama 15mins atau hingga masak. Masukkan roti yang sudah dipenuhi topping nya kedalam ketuhar/oven dan biar ia memasak selama 15/20 min atas suhu 180C. Cara menjaga nya bila cheese nya mula menukar kewarna coklat sedikit.

Thursday, October 31, 2013

Calzone Bread with Beef Curry






Calzone Bread with Beef Curry. New Recipe. Bon Appetit.

Bahan2nya
500gm tepung roti/biasa
11gm ragi segera(1 paket)
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar minyak zaitun
1 - 1.5 cawan air suam
1 biji telur untuk di sapukan pada roti

Cara2nya
Ulikan semua bahan2 di dalam basin. Tepikan dalam 1 jam supaya ia naik berganda. Bila sudah naik, tekan tepung nya untuk mengeluarkan angin gas....Potong pada 4 bahagian, ulikan tepung macam roti pizza.Isi inti nya di bahagian bawah, jangan terlalu banyak. Inti biar kering tak berkuah kerana kuah akan merosakkan tepung roti. Sapukan telur di hujung roti sebelum melipatnya. Sapukan telur di luar roti untuk mengunningkan nya. Bakar dalam 15 mins dalam oven suhu 160C.

Saturday, October 26, 2013

CUCUMBER SALAD



SALAD
2 large cucumbers, peeled and thily sliced
1 small onion, peeled and thinly sliced
3 small roma tomatoes, thinly sliced
DRESSING
1/3 cup low-fat sour cream
1/4 teaspoon Dijon mustard
1 tablespoon white vinegar
2 tablespoons low-fat milk
1/2-3/4 teaspoon sugar
1 tablespoon chopped fresh parsley
2 tablespoons chopped fresh dill
1/4 teaspoon pepper
1/4 teaspoon salt, to taste
Directions
Place the cucumbers, onions and tomatoes in a large bowl. Set aside.
In a small bowl, whisk together all dressing ingredients. Pour over salad mixture.
Toss to coat well.
Chill at least 2 hours before serving.


German Cucumber Salad By Metabolic Cooking Book:http://tiny.cc/Metabolic

Friday, October 25, 2013

Donut


2 3/4 cawan Tepung gandum
3 tbsp Butter/margarine 
3 tbsp Susu pekat
1 pkt (11 gm) Yis kering
3/4 cawan Air suam
1 tbsp Gula
1 tbsp Tepung Gandum (untuk dicampur dgn yis)
Gula castor secukupnya

Campurkan yis, air suam, gula dan1 tbsp tepung tadi. Tunggu yis naik.
Gaulkan tepung, butter dan susu. Bila yis dah naik, buat lubang di tengah2 campuran tepung dan adun sehingga lembut. Bila dah lembut, rehatkan dough hingga naik sekali ganda sizenya. Canai dough dan terap dgn acuan doughnut. Susun adunan yang telah diterap atas dulang dan tunggu sebentar hingga dough kembang. Goreng dgn minyak. Bila dah kekuningan angkat dan keringkan minyak, gaul dgn gula castor semasa doughnut masih panas. Kalau rajin boleh juga sadur dgn cooking choc, tapi kalau nak sadur dgn choc kena tunggu doughnut betul2 sejuk

Friday, October 18, 2013

KUIH LAPIS



Kuih Lapis

BAHAN A :-
125g gula pasir 
100 ml santan pekat
125 ml air + sedikit garam

BAHAN B :-
75 g tepung beras
75 g tepung ubi (tapioca flour)
10 g tepung pulut
150 ml santan pekat
75 ml air

BAHAN C :-
Pewarna pilihan
Sehelai daun pandan - disimpul

Cara-cara:
Masak bahan A hingga larut, sekadar suam saja dan padamkan api. 

Bahan B disatukan dan kacau rata.
Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan tapis.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka.
Kukus adunan selapis2 berselang-seli warna pilihan, 2 min tiap lapis ( coz I'm using small moulds)dan 10 min untuk lapisan terakhir.Biar kuih sejuk di dalam kukusan dan baru hidangkan

Wednesday, October 16, 2013

Ayam Lemon


Ayam Lemon

Bahan-bahannya:

3 keping dada ayam -potong kiub atau memanjang.
1 1/2 cawan tepung jagung.
1/2 tsp garam.
1/3 tsp serbuk lada hitam.
1 tsp parutan halia.
3 biji kuning telur.-pukul ringan dengan garfu.
Minyak untuk menggoreng secukupnya.

Sos Lemon.

1 1/2 cawan air.
1/3 cup jus lemon.
1 1/2 tbsp light brown sugar.
2 tbsp tepung jagung.
1/2 tbsp madu.
1/2 ketul kiub perisa ayam.
1/2 tbsp parutan halia.
Sedikit pewarna kuning-optional.

Cara-caranya:


1. Perap isi ayam bersama garam,lada hitam dan parutan halia.
2. celup isi ayam dalam bancuhan kuning telur.Kemudian golekkan atas tepung jagung.
3. Panaskan minyak.Goreng sehingga ranggup.Ketepikan.
4. Sediakan sos Lemon.
5. Satukan semua bahan-bahan untuk sos lemon.Kacau hingga sebati.
6.Masak sehingga mendidih.Jika nampak terlalu pekat boleh tambah air.Seimbangkan rasa masam,manis dan masin.
7. Tuangkan ke atas ayam goreng tadi.

Macaroni Goreng


Macaroni Goreng

1 paket macaroni (rebus & letak garam sedikit dan kemudian buang air rebusan)
Bawang besar - 4 biji
Bawang putih - 4 biji
(bawang di tumbuk)
Serbuk lada hitam
Tomato puri - 1 tin (lebih pun boleh)
Kacang peas
Cendawan butang
Bebola daging/ayam hancur/seafood/daging hancur (kalau pakai daging/ayam hancur goreng sedikit)
Cili sos
Mayonis - 4 sudu

Mulakan dengan Bismillah......
Tumis bawang merah & bawang putih hingga naik bau wangi..
Masukan bebola daging/ayam/seafood & kacau..
Masukan tomato puri,cili sos,sedikit garam,serbuk lada hitam & cendawan butang..
Akhir sekali masukan macaroni & kacang peas.. kacau sehingga sebati.
Tutup api & letak mayonis 4 sudu & kacau lagi....
Siap...

Sunday, October 13, 2013

Beautiful Poem

She felt like the lonely tree that fell in the woods
No one aware, no one to care.
Her cry echoed through the forest
As the birds took flight and sang a prayer
She laid there, broken, on a bed of dry leaves.
"No one knew I was here, no one will know I am gone -- this is the end, the dusk to my dawn"

All along the One above was a witness
Aware of it all, aware of her pain,
So she was given another chance -- born again.
As a beautiful tree, this time in a public park
Visited by many, background for photographs
A tug here -- a pull there
Tortured by carvings of professed loves
Suffocated by all the pollution of the city

And so she reminisced her previous life
As the lonely, *peaceful* tree in the woods..
--Suhaib Rumi

Kuih Apam Balik



Bahan:

2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula (boleh kurangkan)
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cwn air (boleh juga guna susu cair atau susu segar)

Bahan inti:

Kacang tanah (yg telah digoreng dan di blender atau ditumbuk kasar)
Jagung krim (dlm tin)
Gula
sedikit mentega/marjerin

Cara2:

1. Pukul telur bersama gula hingga kembang, kemudian masukkan soda bikarbonat, baking powder, air & pewarna kuning. Pukul hingga sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, pukul lagi hingga adunan tidak berketul.. Tapis dan perapkan 15 minit...
3. Panaskan frying pan, sapukan sedikit mentega pada pan, klu gunakan non-stick pan tak perlu sapukan mentega.
4.Ambil 1 senduk adunan & ratakan.Taburkan bahan inti di atasnya...tunggu hingga masak, kemudian lipat dua .. boleh juga sapu marjerin diatas apam balik setelah masak jika suka...

Saturday, October 12, 2013

Nutella Brownies



Bahan2 
1biji Telur Grade A
5Tbsp Tepung Cake
200gm Nutella

1. Pukul Nutella dengan Telur dalam 2minit.
2. Masukan tepung & pukul rata
3. Pipe kan dlm paper cup
4. Bakar 170c 15minit
5. Biar dalam oven 5minit
6. Hiaskan dengan Nutella, Almond,Chocolate Chip & Chocolate Rice

Friday, October 11, 2013

Garlic Baguette


Garlic Baguette

Bahan2nya
2 bantal Roti Peranchis di potong tipis2 -1/4 inch
4 biji telur- di rebus hingga masak
2 ulas bawang putih
2 pucukk daun parsley di potong halus
3 sudu besar mentega

Cara2nya
Bakar roti di oven atau toaster roti. Biar di bakar hingga keras 10 mins dalam suhu 140C.
Rebus telur hingga masak. Buangkan kulit dan tuangkan di mangkuk yg besar.
Lecek telur  dan letak butter, garam dan lada putih secukup rasa.
Masukan daun parsley yang di potong halus. Gaulkan hingga sebati. Ambil sekeping roti, guriskan bawang putih. Sebab roti nya keras dan kasar, mudah di gosok garlic itu di atas nya. Ambil sesudu telur yang dihancurkan dan letak di atas kepingan roti. Sajikan dengan minuman. 


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1826609017623&set=a.1518882724658.2064993.1012218209&type=1&theater

Wednesday, October 9, 2013

Doughnut





Bahan-bahan (Untuk pelbagai jenis kuih-muih yg memerlukan doh yg lembut) 

• 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
• 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
• 50g Marjerin/butter
• 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran)
• 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
• 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
• 1 Biji Telur
• 1/2 Sudu Teh Garam
• Gula Halus atau topping kegemaran anda
• 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara

1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.

Tuesday, October 8, 2013

PUDING SUSU BERSOS



Bahan Puding:-
8 gm serbuk jelly
600 ml susu segar
1 bii kuning telur, pukul sikit
45 g gula halus
1 camca teh esen vanilla

Bahan Sos:-
250 g coklat masakan
1/2 cawan susu cair
1 camca besar mentega

Cara membuatnya:-

  1. Satukan susu, serbuk jelly, gula dan kuning telur, kacau hingga rata dan sebati. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Tuang esen vanilla, kacau rata dan tuang dalam acuan kegemaran. Biar suam dan simpan dalam peti sejuk hingga keras.
  2. Cairkan coklat secara double boiler, masukkan susu, gaul rata. Matikan api dan masukkan mentega, gaul hingga rata. Ketepikan.
  3. Keluarkan jelly tadi dan letak dalam bekas sesuai, sudukan sos coklat atas jelly. kalau suka boleh dimakan bersama buah-buahan campuran dalam tin.....

Koktel Buah-buahan



Bahan-bahannya:

2 tin koktel buah-buahan - ambil bersama airnya
1 tin buah longan - ambil bersama airnya
1 tin buah laici - ambil bersama airnya
1 mangkuk jeli nata de coco - laici, strawberry dan mangga
200 gram buah ceri
Buah-buahan segar (strawberry, pisang,mangga, buah kiwi dan betik - jika suka)
4 tin susu sejat F&N
500 ml susu segar dutch lady
1 tupperware ais krim perisa vanilla
ketulan ais secukupnya
Ais krim soda - jika suka


Cara-cara menyediakannya:

1. Sediakan punch bowl. Masukkan susu sejat diikuti dengan ais krim vanilla. Biarkan ais krim larut di dalam susu sejat dan gaul rata.

2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain dan kacau rata. Masukkan juga semua buah-buahan segar yang telah dikupas kulit dan didadu jika suka.

3. Akhir sekali masukkan ketulan ais dan bolehlah dihidangkan.

Salad Buah-buahan


Buah epal
Buah kiwi
Buah naga
Buah strawberry
Buah anggur
Buah jambu air
Buah honeydew

Semua buah-buahan di atas di basuh bersih dan dipotong dadu dan disimpan di dalam satu bekas. Perahkan sedikit air limau nipis.

Bahan untuk sos:

Yogurt
Mayonnaise
Sedikit susu pekat manis/ madu
Sedikit jus limau nipis

Campurkan semua bahan-bahan untuk sos dan dikacau hingga sebati. Tuang ke atas buah-buahan dan gaulkan hingga rata. Hidangkan...

Monday, October 7, 2013

Kek Sarang Semut (Kek Gula Hangus)






Kek Sarang Semut / Kek Gula Hangus

1 tin kecil butter (250gm) ~ boleh gunakan 1 ketul/bar butter
12 bj telur ayam
1/2 cawan susu pekat manis
4 cawan gula
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum ~ ayak
4 sudu kecil soda bikarbonat

Cara2:

1. Cairkan butter dan biarkan sejuk.


2. Masak gula hingga hancur dan masukkan 2 cawan air dengan berhati-hati. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.


3. Telur dikacau hingga cair (jgn dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.


4. Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.


5. Kacau hingga sebati dan tapiskan.


6. Tuang ke dalam loyang yg telah digriskan dan dialas dgn baking paper.


7. Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)

8. Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.

 

Sunday, October 6, 2013

Apam Soda



Apam Soda


Bahan-bahannya


3 cawan tepung gandum


3 biji telur gred B


1 1/2 cawan gula 


1 cawan ice cream soda


1 sudu makan ovellete



Mula2 putarkan telur dengan gula sampai kembang. Masukkan pula ovellete. 


Putar lagi  sampai putih kemudian selang-selikan dengan ice cream soda dan 

tepung. Putar lagi sampai adunan  nampak likat. Bahagilah kepada beberapa 

warna yang kita ingini. Selepas itu bubuh di dalam beg plastik  supaya senang 

untuk  dipicit ke dlm acuan. Gunakanlah paper cup. Kukus selama 15 minit.

Kuih Apam






BAHAN-BAHANNYA :

1 cawan nasi sejuk
3/4 cawan gula pasir 
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 camca teh instant yeast (mauripan)
Pewarna makanan pilihan anda
Kelapa parut putih + secubit garam = gaul rata & kukus sekejab

CARA MEMBUATNYA :

Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast. Kacau rata dan ketepikan. Kisar nasi sejuk bersama air dan gula pasir hingga halus. Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin. Perap 3 jam.
Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak. Kacau bancuhan apam, letak pewarna makanan pilihan anda dan kacau rata . Sudukan dalam acuan hingga hampir penuh, buat hingga siap.
Kukus dengan api kuat selama 15 minit, balut tutup kukus anda dengan kitchen tuala yang bersih . Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut (anda boleh kukus sekejap kelapa parut tadi untuk tahan lebih lama).

Friday, October 4, 2013

CHEEZY WEDGES





BAHAN2 wedges:
Kentang 10bji
Tepung kfc 1/2 cawan
Air rebus kentang.

Cara menyediakan kentang wedges:


CHEEZY WEDGES


Belah kentang mengikut potongan wedges & basuh sehingga bersih ( Kulit Jangan Buang)
Rebus kentang selama 15 minit
Toskan
Hati-hati kentang wedges boleh patah masa ni sebab sudah empuk
Biarkan 15minit. Ambil tepung kfc gaulkan semua wedges tu. Panaskan minyak, apabila minyak telah panas kecilkan api dan masukkan wedges tersebut.
Angkat apabila sudah masak kekuningan.

Sos cheese
BAHAN2
2 ½ sudu mentega
2 ½ sudu tepung gandum (kalau nak lagi pekat lebihkan tepung)
1 liter susu segar
1 sudu kecil garam (secukup rasa..kalau tak mau masin kenalah sukat dan rasa)
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk lada putih
12 keping cheddar cheese (jenama cheesedale)
Sedikit pewarna kuning telur untuk cantikkan lagi warna chezzy

Cara-cara
Cairkan butter, masukkan tepung gandum, kacau jgn bagi berketul, masukkan susu, masukkan serbuk cili, serbuk lada putih dan masukkan cheddar cheese… masak hingga kepekatan yang dikehendaki. Letak pewarna kuning telur untuk naikkan seri cheezy. Mula2 nampak je cair..tapi bila dah sejuk  sos akan jadi kental.

Tuesday, October 1, 2013

KEK LUMUT




KEK LUMUT

bahan-bahan : loyang 8" x 8"

  • 10 biji telur gred A
  • 450g mentega berkualiti tinggi 
  • 3/4 cawan gula kastor 
  • 2 cawan nestum (dikisar halus)
  • 1 cawan serbuk almond
  • 1 cawan serbuk horlicks
  • 1 cawan tepung hongkong/gandum (diayak)
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 botol besar (60 ml) pes pandan  
  • 1 cawan susu pekat manis


Cara-cara :

1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan dengan sedikit  tepung (alaskan loyang dengan kertas minyak jika suka) 

2.Pukul mentega bersama gula halus dan esen vanilla hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima. 

3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed perlahan). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis. 

4. Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati. 

5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dengan horlicks, serbuk almond dan nestum . Kacau sebati. 

6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil yang sudah disapukan sedikit butter (supaya permukaan kek tak melekat pada kertas foil). 

7. Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering) 

8. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. 


 

SAMBAL GORENG KACANG DAN IKAN BILIS








SAMBAL GORENG KACANG DAN IKAN BILIS
 
Bahan-bahan 

Kacang tanah secukupnya..digoreng & ketepikan
kentang dikupas kulit..dipotong nipis2 dan kecil-goreng garing
ditos dan ketepikan 

tempe (dihiris nipis-nipis & digoreng)
100 g ikan bilis halus/sederhana (dibasuh dan ditoskan)
6 biji bwg merah (dikisar)
3 biji bawang putih (dikisar)
1/2 inci belacan (dikisar)
3-4 sudu besar cili kering kisar
1/2 sb air asam jawa
garam dan gula secukupnya


Cara-cara memasak:

Sediakan kuali. Panaskan 3-4 sudu besar atau lebih minyak masak dan goreng ikan bilis sehingga benar-benar garing. Angkat dan toskan.
Tumis bahan2 kisar dgn menggunakan minyak bekas menggoreng td sehingga terbit bau (tumis lama sikit supaya cili btl2 masak).
Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga kering. Tutupkan api. Biarkan bahan tumisan sejuk. Kemudian masukkan ikan bilis ,kacang tanah,kentang yg digoreng td dan gaul sehingga rata. Biarkan seketika di dlm kuali.
Blogger Widgets