RESEPI PUDING


PUDING MANGGA


Bahan-bahan:
**1 cawan tepung kastad
**1 cawan gula
**1 cawan mangga(isi mangga yg telah diblend)
**5 cawan santan
**sedikit garam
**sedikit isi mangga yg dipotong dadu.


Cara-cara:
1.Blend mangga.Kemudian masukkan mangga yg telah diblend bersama semua bahan-bahan di atas. Kacau sampai sebati.
2.Masakkan di atas api yang sederhana,masukkan separuh mangga yg dipotong dadu kedlm adunan,kacau hingga brkilat.
3.Apabila dh pekat & brkilat boleh la diangkat & masukkan kedlm acuan /loyang yg anda sukai. letakkan beberapa potongan dadu mangga diatas puding sebagai hiasan.



PUDING ROTI KARAMEL
 

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul dan di tapis
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat 
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
    Cara membuat gula hangus -  masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jadi perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik-carikkan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
    Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)
Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.



No comments:

Post a Comment

Blogger Widgets