KEK LUMUT
bahan-bahan : loyang 8" x 8"
- 10 biji telur gred A
- 450g mentega berkualiti tinggi
- 3/4 cawan gula kastor
- 2 cawan nestum (dikisar halus)
- 1 cawan serbuk almond
- 1 cawan serbuk horlicks
- 1 cawan tepung hongkong/gandum (diayak)
- 2 sudu kecil esen vanilla
- 1 botol besar (60 ml) pes pandan
- 1 cawan susu pekat manis
Cara-cara :
1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung (alaskan loyang dengan kertas minyak jika suka)
2.Pukul mentega bersama gula halus dan esen vanilla hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed perlahan). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
4. Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dengan horlicks, serbuk almond dan nestum . Kacau sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil yang sudah disapukan sedikit butter (supaya permukaan kek tak melekat pada kertas foil).
7. Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering)
8. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

No comments:
Post a Comment