RESEPI SAYUR-SAYURAN




SAYUR BUNCIS TAUHU GORENG TOMYAM



Bahan-bahan:

  • 500 g kacang buncis, dipotong ikut suka
  • 4 keping tauhu lembut, di potong dadu dan digoreng
  • sejemput udang kering
  • 4 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 sudu sos tomyam
  • 2 sudu sos tiram
  • sedikit garam & serbuk perasa
  • 3-4 sudu minyak masak
  • lada besar (jika suka)

Cara-cara

Tumbuk/kisar bawang dan udang kering

Panaskan minyak, tumis bahan di atas hingga naik bau.

Masukkan tauhu dan semua bahan lain.

Rasa garamnya, boleh lah dihidangkan





GULAI LEMAK NANGKA MUDA







Bahan-bahan ( 5 org makan )

  • 500gm nangka muda
  • 3 cawan santan- tak terlalu pekat dan tak terlalu cair
  • 2 sudu besar isi ikan kering - boleh diganti dgn ikan bilis
  • 5 ulas bawang merah
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam - kalau suka pedas boleh ditambahkan lagi
  • 1 sudu besar belacan
  • garam dan gula/serbuk perasa

Cara-cara:

Panaskan air dan celur nangka muda yg telah dipotong dan dibersihkan. Kemudian toskan.




Bawang merah, kunyit, belacan dan isi ikan ditumbuk lumat. Bagi yg malas tu bolehlah dikisar dalam blender dan masukkan sedikit santan.





Masukkan kesemua bahan - nangka muda, bahan2 yg ditumbuk/dikisar, serbuk lada hitam, santan, garam dan gula/serbuk perasa (secukup rasa) ke dalam periuk dan masaklah dengan api sederhana.



Masaklah hingga mendidih dan hendaklah dikacau supaya tidak pecah minyak.



Lauk ni sedap dimakan panas2 dgn nasi putih.. tambah lagi kalau ada ikan panggang dan sambal belacan..




Nangka Masak Lemak Cili Api



Bahan-bahan :

Nangka muda - direbus hingga empuk
Ayam - dipotong sederhana besar
cili padi - ditumbuk
bawang merah - ditumbuk
bawang putih - ditumbuk
halia - ditumbuk
serai - ditumbuk
serbuk kunyit
santan dari sebiji kelapa
garam dan serbuk perasa



Cara memasak :


Panaskan sedikit minyak dalam periuk.

Masukkan bahan tumbuk dalam periuk tadi dan tumiskan hingga garing sedikit.

Masukkan ayam dan serai dalam periuk.

Masukkan air masak secawan.

Masukkan serbuk kunyit.

Biarkan ayam mereneh sebentar. 

Masukkan nangka yang telah direbus tadi. 

Masukkan jugak santan.

Kacau sebati.  

Masukkan garam dan serbuk perasa.

Kacau hingga kuah mulai memekat (jgn terlalu lama, nanti santan pecah).

Angkat dan hidangkan.




























No comments:

Post a Comment

Blogger Widgets