PENGETAHUAN AM





•´¯`•.♥ Keistimewaan Warna Hijau dalam Islam dan


Al-Quran ♥.•´¯`•


Bismillaahirrahmaanirrahiim,

Ada banyak perkataan HIJAU di dalam ayat-ayat Al-Quran dan menjelaskan keadaan penghuni Jannah ataupun segala yang ada di sekelilingnya, berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa.

Berikut dipetik beberapa ayat al-Quran serta maksud yang telah meletakkan warna HIJAU pada satu tempat yang mu
lia dan dipandang indah oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

1. Maksud ayat : ” Mereka itu disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya.”

2. Maksud ayat : “Penduduk Syurga itu ( bersenang-senang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permadani-permadani yang sangat indah.”
Surah Ar-Rahman : Ayat 76

3. Maksud ayat : “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian HIJAU yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”
Surah Al-Insan : Ayat 21

4. Maksud ayat : " Mereka (Ahli syurga) mengenakan pakaian sutra halus yang HIJAU dan sutra tebal.
Surah Al-Kahf : Ayat 31

HIJAU juga adalah warna kegemaran Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna HIJAU. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna HIJAU. Warna HIJAU juga mampu menjadikan pandangan mata nyaman & tentram.

Jelaslah bahwa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah Azza wa Jalla yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. Oleh karena itu, mudah-mudahan penjelasan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam juga bercita-cita untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak. 


Sumber: Kitab: Ma’a Al-Thib fii Al-Qur’an Al-Karim, Dr. Abdul Hamid Diyab, Dr. Ahmad Qarquz, Mu’assasah Ulum Al-Qur’an, Dimasyq.






MANUSIA DAN ROHNYA


Apabila terdengar perkataan roh, kita mula bayangkan sesuatu yang pelik atau hantu; seolah-olah kita tiada kaitan dengan perkataan roh. Sebenarnya roh ialah asal yang tulen setiap orang manusia. Seorang roh yang sedang hidup dalam badan digelar nyawa. Setiap kita adalah roh dan kita sedang menumpang hidup dalam badan manusia ini.

Tempat asal kita bukanlah bumi ini, kita berasal dari tempat lain; oleh kerana beberapa sebab kita turun ke bumi ini. Kita tetap akan kembali ke tempat asal kita, suatu hari nanti. Suatu hari yang saya maksudkan mungkin berbeza bagi setiap orang manusia mengikut cara hidupnya. Seorang mungkin akan mengambil masa 50 tahun, 100 tahun, 200 tahun, 500 tahun, 1000 tahun atau beribu-ribu tahun.  Hanya seorang yang mengenali asalnya dapat kembali ke tempat asalnya dan bertemu dengan penciptanya. Seumpama hanya seorang yang mempunyai alamat lengkap akan sampai ke destinasinya dengan selamat.
Pada kebanyakan masa roh manusia yang berkeliaran di bumi ini tanpa tempat tujuan digelar hantu. Kebanyakan rupa bentuk yang kita terserempak pada waktu malam ialah roh manusia yang telah meninggalkan badannya. 




GELARAN-GELARAN KEMULIAAN DALAM ISLAM

Di dalam masyarakat Islam, terdapat beberapa gelaran mulia yang biasanya dipakai untuk menghormati golongan yang berilmu , berakhlak mulia dan baik hubungannya dengan Allah Taala dan bergitu juga sesama makhluk.

Golongan-golongan seperti Rasul, Nabi, para wali dan alim ulama mendapat keutamaan untuk mendapat gelaran ini. Ada pendapat mengatakan bahawa gelaran yang lazim berada di belakang nama adalah doa untuk golongan-golongan tersebut. Manakala gelaran yang lazim berada di hadapan nama adalah tidak lain untuk memberi penghormatan kepada golongan tersebut.
 
Di antara gelaran-gelaran itu ialah :


1.         “Radhiyallahu ‘Anhu“ ~ Ertinya : Semoga Allah meredhai mereka.
Gelaran pertama ini adalah untuk Para Sahabat ( r.a ) dan mereka yang telah jelas menjadi manusia yang diredhai oleh Allah Ta’ala menerusi Al-Quran Al-Karim , mahupun Sunnah.

2.         “Rahimahullah“ ~ Ertinya : Semoga Allah merahmatinya .
Gelaran kedua pula , umum untuk seluruh umat Islam yang berpegang-teguh dengan ajaran Islam dan telah pun meninggal dunia . Orang-orang Melayu biasanya menyebutkannya sebagai “ Allahyarham “ , yang maknanya sama dengan “ Rahimahullah “ ataupun “ Rahmatullah ‘Alaih “ dan “ Almarhum “ ( biasanya lafaz ini untuk raja-raja menurut kebiasaan orang Melayu , tetapi bagi orang-orang Indonesia , lafaz ini boleh juga untuk golongan ulama’ yang dihormati yang telah meninggal dunia).


3.         “Karramallahu Wajhah“ ~ Ertinya : Semoga Allah memuliakan wajahnya .
Gelaran ketiga , digelarkan khas kepada Saidina ‘Ali Bin Abi Talib.


4.         “Qaddasallahu Sirrah“ ~ Ertinya : Semoga Allah mensucikan rahsianya.
Gelaran keempat ini biasanya diberikan kepada mereka yang alim di dalam bidang Tasawwuf ( yang sahih ) ataupun bagi mereka yang telah mencapai maqam wali Allah Ta’ala , contohnya ianya diberikan kepada Imam Al-Ghazali ( rh ) .

Golongan Syi’ah juga menggunakan gelaran ini bagi imam-imam mereka yang telah meninggal dunia.


5.         “Ghafarallahu Lah“ ~ Ertinya : Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya .
Biasanya digunakan oleh ulama’ – di dalam pendahuluan dan penutup sesebuah kitab klasik – sebagai doa agar diampuni dosa-dosa mereka dan ibu-bapa serta seluruh muslimin.


6  “Al-Imam“ ~ Ertinya : Pemimpin/Ketua .
Pemimpin yang dimaksudkan ialah pemimpin yang seiring-sekata dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah , khasnya bagi mereka yang telah berjasa besar kepada umat Islam.
 
7.         “Alaihis salam” ~ Ertinya : Kesejahteraan ke atasnya
Gelaran ini khas untuk para Nabi dan Rasul. Ia adalah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu apabila menyebut nama para Nabi dan Rasul, akan disertakan terus panggilan ‘Alaihis salam’.
Namun bergitu, puak Syiah khususnya mazhab Syiah Imamiah menggunakan gelaran ini di belakang nama imam-imam mereka yang pada anggapan mereka paling banyak berjasa dan paling alim. Mereka mengganggap imam mereka adalah maksum yang setaraf dengan para Nabi dan Rasul dan ia berlawanan dengan pegangan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.
 
8.         “As-Syahid” ~ Ertinya: Seseorang yang mati syahid menegak syiar Islam
Gelaran ini khusus untuk para syahid yang meninggal dunia semasa berperang menegak syiar Islam.


9.         “Al-‘Allamah“ ~ Ertinya :      Seorang yang mempunyai ilmu yang banyak dan luas.


10.       “Asy-Syeikh“ ~ Ertinya : Tuan Guru
Gelaran ini khusus untuk para alim-ulama yang berjasa kepada masyarakat. Alim ulama ini menjadi guru kepada ramai anak murid. Kebiasaannya, gelaran ini diberi kepada alim ulama membuka sekolah pondok mahupun pasentren.


11.        “Al-Fadhil“ & “Fadhilah“~ Seorang yang mempunyai kelebihan .
Gelaran ini adalah gelaran am dan ia lazim digunakan untuk menghormati para ustaz, para alim ulama serta muhsyid semasa diundang ke dalam sesuatu majlis.


Dipetik dari:


http://takusahrisau.wordpress.com/2012/01/09/gelaran-gelaran-kemuliaan-dalam-islam/ 

No comments:

Post a Comment

Blogger Widgets