SIRAP BANDUNG SODA
BAHAN-BAHANNYA :
1/4 cawan ibu sirap
Gula (dilarutkan dalam sedikit air panas ) -kadar gula mengikut citarasa masing-masing
3/4 tin susu cair Ideal
3/4 jug kuib ais
1/2 tin ice cream soda
CARA MEMBUATNYA :-)Satukan ibu sirap, air gula, susu cair dan ice cream soda, kacau rata dan masukkan kiub ais. Biarkan kiub air mencair. Tidak perlu tambah air kerana ini akan mengurangkan rasa lemak sirap bandung.
Resipi diatas tu menghasilkan 1 jug sirap bandung soda. Kalau nak masak dulu gula sirap ros pun ok, tambah daun pandan dalam sirap ros yang kita masak tadi untuk menambah keharumannya.
AIR LIMAU KASTURI
Bahan2:air
ibu sirap
gula
limau kasturi
ais kiub
biji selasih ~ direndam (kalau suka)
Cara:
Bancuhkan air dengan ibu sirap dan gula.
Perahkan limau kasturi ke dalamnya.
Tuang ke dalam gelas yg telah diisikan dgn ais kiub dan biji selasih.
Sedia utk dinikmati.
ibu sirap
gula
limau kasturi
ais kiub
biji selasih ~ direndam (kalau suka)
Cara:
Bancuhkan air dengan ibu sirap dan gula.
Perahkan limau kasturi ke dalamnya.
Tuang ke dalam gelas yg telah diisikan dgn ais kiub dan biji selasih.
Sedia utk dinikmati.
AIR NENAS
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan isi nenas madu, didadu (jangan kecil sangat, dadu pada saiz sederhana)
1 helai daun pandan, disimpul
1 cawan gula pasir
1 1/2 cawan air
Beberapa titik pewarna kuning telur
1 tin kecil buah peach, tos dan asingkan sirapnya
Air secukupnya
Ais kiub secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan nenas, gula, daun pandan dan air, kacau rata dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan. Tambah pewarna kuning telur, kacau rata dan masak sekejap lagi. Matikan api. Biar sejuk.
Peach dalam tin didadu sama saiz dengan nenas. Masukkan ke dalam jug. Tuang no. 1 ke dalam juga, masukkan juga sirap dalam tin buah peach tadi, kacau rata dan tuang air secukupnya. Masukkan ais kiub dan biar sejuk. Hidangkan untuk berbuka puasa... Jangan lupa keluarkan daun pandan....Selamat mencuba!.
Apple Carrot Celery Juice
Apple Carrot Celery Juice
3 Carrots
½ Cucumber
1 Apple
2 Celery sticks
Wash all fruits and vegetables well. Cut the ends off of the carrots before juicing them. It’s not necessary to peel or deseed any of the fruit or veggies; the juicer will separate it for you. Drink the mix immediately after you make it for the highest nutritional value.
No comments:
Post a Comment