Tuesday, September 29, 2015

Kek Coklat Kukus








Tips Mudah Buat Kek Coklat Kukus Dengan Sukatan Cawan!
.Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan ):
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla
.
Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus:
+ Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
+ Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
+ Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
+ Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
+ Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
+ Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
+ Kukus kek selama 1 jam.
+ Kukus kek selama 1 jam.
.Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus:
1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega
+ Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.
+ Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.
ATAU
500 gram coklat masakan
220 ml susu cair
( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )

Saturday, August 1, 2015

Bombay Karachi Halwa

Semperit Susu

Semperit susu
250gram buttercup
2 sudu mkn gula aising
1/2 cawan susu pekat
400gram tepung jagung

* gaul semua guna senduk/spatula sahaja
* gaul sampai x melekat Kt tangan...jgn keras sgt
* terap dengan acuan, hias dan bakar



Saturday, July 25, 2015

Mee Rebus



RESEPI MEE REBUS

Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua
Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah
Cara memasak:
Tumiskan bawang merah, bawang putih,lengkuas,serai,cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya.masukkan garam,gula,aji,sos tomato.
Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.

Pajeri Nenas



RESEPI PAJERI NANAS

Bahan-bahannya :
● Sebiji nanas sederhana besar
● 5 biji bawang merah*
● 2 biji bawang putih*
● 1" halia*} dimayang
● segenggam udang kering direndam sekejap dgn air panas dan toskan
● 1 sk halba+biji sawi
● 3 cm kulit kayu manis
● 5 sb rempah kari Baba`s(digaul dgn sedikit air)
● 3 cwn santan pekat (dr sebiji kelapa)
● 2 sb gula pasir
● 3 sb kerisik
● garam secukup rasa

Cara membuatnya :
1. Buang kulit nanas dan potong kecil kemudian dicelur sekejap.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kulit kayu manis, halba, udang kering, kacau sehingga naik aromanya.
3. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan santan, kacau rata dan masukkan nanas diikuti kerisik, kacau supaya rempahnya tak melekat pada kuali.
5. Masukkan gula dan sedikit garam, masak sehingga kuahnya pekat dan pecah minyak.

Sedia untuk dihidangkan


Cornflakes Coklat


Bahan-bahan: 

Coklat masakan 
Mentega or Planta
Cornflakes
Manik berwarna warni sebagai hiasan
Paper cup

Cara Membuatnya:

Susun papercup dalam dulang .
Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.
Bila dah cair,tutup api dan angkat letakkan di tempat lain.
Masukkan cornflakes dalam mangkuk ke apa key g senang korunk nak gaul nanti.
Masukkan coklat, gaul rata.
Masukkan cornflakes yang telah digaul tadi ke dalam paper cup.
Tabur manik berwarna warni sebagai hiasan.
Sejukkan dalam peti sejuk.
Siap untuk disusun dalam balang.

Kek Lapis Keju



Kek Lapis Keju

Bahan-bahan :

20 keping biskut marie ikut perisa apa yang anda suka (original/chocolate/coffee)
1 cawan susu segar
250g cream cheese
100g whipping cream non-dairy
3 sudu besar gula castor
1 sudu besar gelatin halal
50 ml air panas

Cara Membuatnya:

▪ Putar cream cheese dgn gula hingga kembang. Dalam bekas yang berlainan putar whipping creamhingga kental. Campurkan kedua-duanya dan gaulkan bersama dengan spatula.

▪ Cairkan gelatin dgn air panas. Bila telah hancur tapis dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau hingga rata dan sebati.

▪ Sediakan bekas/loyang dengan dilapik dengan aluminium foil atau kertas minyak keseluruhannya agar mudah ditarik keluar bila keras nanti.

▪ Panaskan susu seketika kemudian angkat. Celupkan biskut marie sekejap jgn sampai lembik.

▪ Lapiskan satu persatu dengan adunan cream cheese tadi sehingga habis.

▪ Bekukan dalam 1-2 jam dalam peti ais. Bila keras bolehlah makan.



Sunday, March 23, 2014

Mee Kari



Bahan-Bahan:
8 biji bawang merah yang dikisar halus
3 biji bawang putih yang dikisar halus
1 peket serbuk kari daging (apa-apa jenama pun boleh)
2 sudu besar cili giling
1 bungkus mi kuning yang dicelur
Tauge juga dicelur
Sawi juga dicelur
Daun kobis dipotong-potong
Daun kesum juga dipotong-potong
1 batang bunga kantan yang dihiris kasar
Cili api
Bawang goreng
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
2 keping tauhu yang dipotong kecil
300 gram udang (mula-mula dibuang kulit, kulit udang dicuci sekali, dikisar halus dan ditapis airnya)
200 gram isi kerang atau sotong
300 gram daging
1 keping kek ikan (fishcake) yang dipotong
4 biji bebola ikan (fishball) yang dibelah empat
4 biji telur yang direbus
Santan dari 1 biji kelapa
Sedikit air


Cara membuatnya:
1. Mula-mula tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan sedikit air bersama cili giling dan serbuk kari.
3. Setelah kedua-duanya masak dan berwarna agak gelap sedikit, masukkan air asam jawa dan air rebusan kulit udang tadi bersama daging dan 1/4 daripada santan kelapa.
4. Biar sehingga daging empuk.
5. Kemudian, masukkan udang, kerang, tauhu, bunga kantan, daun kesum, daun kobis, kek ikan, bebola ikan dan baki santan tadi. Biarkan menggelegak sambil dikacau-kacau kuahnya supaya santan tidak pecah minyak.
6. Masukkan garam secukup rasa dan angkat untuk dihidangkan
.

Saturday, December 21, 2013

KARI KAMBING ISTIMEWA CHEF WAN




KARI KAMBING ISTIMEWA CHEF WAN
By: Dato Chef Wan
Rujukan : Buku Masakan Sedapnyaaa...2

1/2 cawan minyak sapi...

4 tangkai daun kari
1 kg daging kambing batang pinang ~ dihiris
2 biji tomato ~ potong baji
1 cawan krim putar
1/2 cawan yogurt
gula secukup rasa ~ gula melaka pun boleh
Garam secukup rasa
Segengam Daun ketumbar ~ dicincang

Pes Rempah
15 ulas bawang merah
2 labu bawang besar ~ dipotong
3 cm halia ~ dihiris
6 ulas bawang putih
6 tangkai cili hijau ~ di buang biji dan hiris
4 kaki akar ketumbar
segengam daun pudina
20 biji lada hitam

Rempah Ratus
6 kuntum bunga cengkih
2 cm kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Rempah Serbuk
1 sudu besar garam marsala
1 sudu teh serbuk lada putih
3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar cili serbuk
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar

Campurkan bahan-bahan rempah di dlm mesen pengisar dan kisar hingga halus.
Panaskan minyak sapi di dlm periuk atau kuali yang dalam .
Masukkan daun kari, rempah ratus dan pes rempah.
Tumis atas api kecil selama 10 minit atau sehingga harum.
Bancuhkan rempah serbuk dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
Campurkan dalam rempah yang sedang ditumis bersama-sama daging kambing.
Kacau selalu selama kira-kira 15 minit atau sehingga daging disaluti dengan bahan rempah dan perisa meresap ke dalam daging.
Tambahkan air secukupnya untuk meliputi bahan-bahan
Renihkan, kacau selalu selama 1 jam atau sehingga daging empuk.
Masukkan tomato, krim putar dan yogurt
Perasakan secukupnya dengan gula dan garam.
Taburkan daun ketumbar dan kacau rata.
Angkat dari api dan hidangkan bersama nasi atau roti.

# Boleh gantikan daging kambing dgn daging lembu/kerbau.

Kuih Peneram




1cwn gula merah
1cwn gula pasir
(masak sampai hancur gula sahaja)
4cwn tepung beras...

2 sudu besar tepung gandum
(campur kedua2 tepong)


Cara:-
Uli tepung dgn gula yg dimasak sampai sebati dan perap semalaman..
 Esoknya baru goreng..

Ikan Siakap Bakar



Bahan2 nya
1 ekor ikan siakap segar
1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih
bahan2 di atas dikisar halus
2 batang serai di titik saja
4 sudu besar cili kisar
1 kuib knorr ikan bilis
1 biji buah tomato
2 biji limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara2 nya
Panaskan minyak di kuali dan letakkan 2 batang serai yang di titik. Tumiskan bawang kisar dan cili kisar bersama knorr. Goreng hingga cili nya masak letakan garam dan gula secukup rasa. Di dulang pembakar, letakan aluminium foil dan daun pisang. Letakan ikan dan buah tomato hiris. Tuangkan sambal dan balut ikan nya. Panaskan ketuhar pada suhu 170C. Letakan ikan dan panggang selama 20mins. Bila sudah masak, buka dan panggang ikan pada api atas untuk 8mins. Sajikan dengan perahan jus limau kasturi dengan nasi putih.

Sunday, November 3, 2013

MEE KARI UDANG



Mee Kari Udang

Bahan-bahannya:

Mee kuning - dicelur
Udang kering - dicuci bersih dan direndam sekejab
Kerang - bersihkan
Ayam - dipotong ikut suka
Bebola ikan
Tauhu goreng
Rempah kari

Rempah 5 beradik
Santan
Keledek - direbus dan dikisar
Serai - dititik

Sayur sawi - dicelur
Taugeh - dicelur
Telur - direbus

Cara-cara membuat kuah:

1. Tumis kulit kayu manis, rempah 5 beradik dan udang kering.


2. Masukkan bawang, lada kering dan rempah kari. Tumis sehingga garing.


3. Masukkan santan lalu masukkan semua bahan yang lain (udang, kerang, ayam, bebola ikan dan serai). Didihkan.

4. Apabila sudah mendidih, masukkan keledek, tauhu goreng dan garam secukup rasa.

Saturday, November 2, 2013

Snow Cheese Cake



Snow Cheese Cake

Bahan: 
(Guna loyang bulat 8 in)
6 biji telur ayam (ambil kuning saja)
100g gula halus
100g tepung gandum (blue key/super fine)
60g tepung jagung
50g air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovalet
75g mentega (dicairkan)

Untuk krim:
1 kotak cream cheese philadelphia/takura (250 gm)
1/2 tin susu pekat manis

Untuk Toping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara:
Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
Sediakan acuan yang telah disapu dengan sedikit butter.
Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C.


Resepi asal :

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202507043222232&set=gm.610975698959257&type=1&theater

Kek Lapis Evergreen



Kek Lapis Evergreen

Bahannya:

10bj telur gred A
450g mentega
200g tep hong kong
150g gula halus
100g serbuk horlick
340g susu manis
1 botol besar pandan paste
1 sudu besar ovallete
1 tin kecil serikaya
100g santan paket
1 sudu kecil esen vanilla
Caranya:
1) Pukul telur,gula n ovalette hingga kembang.ketepikan.
2) Dalam bekas yg berasingan pkl mentega bersama susu manis hingga putih berkrim.kemudian masukkan serbuk santan & putar lagi hingga sebati.
3) Satukan adunan telur dan mentega tadi.sebatikan.
4) Setelah itu masukkan serikaya,pes pandan n horlick.kacau hingga betul2 sebati.
5) Akhir sekali masukkan tep hong kong n esen vanilla.kacau hingga betul2 sebati.
6) Sediakan acuan 8x8 yg telah di sapu dengan mentega tadi di sekeliling.tuang 1 senduk adunan dan ratakan.
7)Bakar lapisan pertama sehingga bertukar warna keperangan dgn menggunakan api atas n bawah.(jika suka tekan dgn acuan zig zag)
Untuk lapisan ke-2 dan seterusnya menggunakan api atas saja sehingga keperangan.
Ulangi proses hingga habis.

Friday, November 1, 2013

PUDING COKLAT



PUDING COKLAT

1/2 cwn serbuk koko
1 cwn gula
1/2 cwn susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cwn air
4 sudu besar tepung jagung/tepung kastard
1/2 sudu esen vanila
2 1/2 sudu besar butter
10gm agar-agar serbuk

Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan ke dlm loyang/acuan yg disukai. Sejukkan puding.

* Untuk memudahkan puding keluar dari acuan, basahkan dulu acuan dgn air sebelum tuangkan puding.

Sambal Sardine Pizza





Pizza Sambal Sardine. Spicy Sardine Pizza.Bon Appetit

Bahan2 untuk Doh
1 kg tepung roti (bread flour)
2 sudu besar garam (sukatan rata) 
2 sudu besar gula (sukatan rata)
2 sudu besar minyak zaitun (Olive Oil)
2 peket ragi segara (2 packet instant yeast)
500ml susu lemak cair / air suam (suhu bilik)

Sos Sambal Tumis Sardine. (Pizza Sardine)

Bahan2nya
2 tin Sardine Tomato
2 biji bawang besar dikisar
Sedikit belachan
2 ulas bawang putih dikisar
Cili Kisar (Ikut Cita rasa - tampa cuka)
Bagi yang hendak lagi pedas letak cili api-dipotong halus.
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara2nya
Panaskan minyak, masukan bahan2 kisar dan tumis hingga masak. Tuangkan
sos tomato sardine kedalam dan gaulkan supaya sebati. Letakan garam dan gula secukup rasa. Bila sos sudah masak. Ikan sardine nya di lenyit2 supaya, ia menjadi pekat pada sosnya. Ambil secukupnya dan letakan pada roti pizza sebagai sos. Letakan topping - tomatoe hiris dan bawang besar. Kemudian cheese nya - Mozzarella & Cheddar & parmesan. Bakar pizza di oven selama 15mins atau hingga masak. Masukkan roti yang sudah dipenuhi topping nya kedalam ketuhar/oven dan biar ia memasak selama 15/20 min atas suhu 180C. Cara menjaga nya bila cheese nya mula menukar kewarna coklat sedikit.

Thursday, October 31, 2013

Calzone Bread with Beef Curry






Calzone Bread with Beef Curry. New Recipe. Bon Appetit.

Bahan2nya
500gm tepung roti/biasa
11gm ragi segera(1 paket)
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar minyak zaitun
1 - 1.5 cawan air suam
1 biji telur untuk di sapukan pada roti

Cara2nya
Ulikan semua bahan2 di dalam basin. Tepikan dalam 1 jam supaya ia naik berganda. Bila sudah naik, tekan tepung nya untuk mengeluarkan angin gas....Potong pada 4 bahagian, ulikan tepung macam roti pizza.Isi inti nya di bahagian bawah, jangan terlalu banyak. Inti biar kering tak berkuah kerana kuah akan merosakkan tepung roti. Sapukan telur di hujung roti sebelum melipatnya. Sapukan telur di luar roti untuk mengunningkan nya. Bakar dalam 15 mins dalam oven suhu 160C.

Saturday, October 26, 2013

CUCUMBER SALAD



SALAD
2 large cucumbers, peeled and thily sliced
1 small onion, peeled and thinly sliced
3 small roma tomatoes, thinly sliced
DRESSING
1/3 cup low-fat sour cream
1/4 teaspoon Dijon mustard
1 tablespoon white vinegar
2 tablespoons low-fat milk
1/2-3/4 teaspoon sugar
1 tablespoon chopped fresh parsley
2 tablespoons chopped fresh dill
1/4 teaspoon pepper
1/4 teaspoon salt, to taste
Directions
Place the cucumbers, onions and tomatoes in a large bowl. Set aside.
In a small bowl, whisk together all dressing ingredients. Pour over salad mixture.
Toss to coat well.
Chill at least 2 hours before serving.


German Cucumber Salad By Metabolic Cooking Book:http://tiny.cc/Metabolic

Friday, October 25, 2013

Donut


2 3/4 cawan Tepung gandum
3 tbsp Butter/margarine 
3 tbsp Susu pekat
1 pkt (11 gm) Yis kering
3/4 cawan Air suam
1 tbsp Gula
1 tbsp Tepung Gandum (untuk dicampur dgn yis)
Gula castor secukupnya

Campurkan yis, air suam, gula dan1 tbsp tepung tadi. Tunggu yis naik.
Gaulkan tepung, butter dan susu. Bila yis dah naik, buat lubang di tengah2 campuran tepung dan adun sehingga lembut. Bila dah lembut, rehatkan dough hingga naik sekali ganda sizenya. Canai dough dan terap dgn acuan doughnut. Susun adunan yang telah diterap atas dulang dan tunggu sebentar hingga dough kembang. Goreng dgn minyak. Bila dah kekuningan angkat dan keringkan minyak, gaul dgn gula castor semasa doughnut masih panas. Kalau rajin boleh juga sadur dgn cooking choc, tapi kalau nak sadur dgn choc kena tunggu doughnut betul2 sejuk

Friday, October 18, 2013

KUIH LAPIS



Kuih Lapis

BAHAN A :-
125g gula pasir 
100 ml santan pekat
125 ml air + sedikit garam

BAHAN B :-
75 g tepung beras
75 g tepung ubi (tapioca flour)
10 g tepung pulut
150 ml santan pekat
75 ml air

BAHAN C :-
Pewarna pilihan
Sehelai daun pandan - disimpul

Cara-cara:
Masak bahan A hingga larut, sekadar suam saja dan padamkan api. 

Bahan B disatukan dan kacau rata.
Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan tapis.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka.
Kukus adunan selapis2 berselang-seli warna pilihan, 2 min tiap lapis ( coz I'm using small moulds)dan 10 min untuk lapisan terakhir.Biar kuih sejuk di dalam kukusan dan baru hidangkan
Blogger Widgets