"When life gives you lemons make orange juice and watch the world try to figure out how you did that"
Sunday, September 29, 2013
Rendang Ikan Tongkol
Rendang Ikan Tongkol
1 kg ikan tongkol - bersihkan, perap dgn garam dan air limau nipis
Bahan kisar:
30 tangkai cili kering
5 biji cili merah
2 biji bawang besar
4 ulas bawang puith
sedikit halia dan sedikit serbuk kunyit
Bahan sampingan:
3 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit
lengkuas
1 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa.
1 liter santan.
Masukkan bahan kisar dalam kuali. Masak seketika baru masukkan santan. Kacau perlahan-lahan. Biarkan kuah agak mengering baru masukkan ikan dan bhn sampingan. Kacau perlahan. Biarkan sampai kering. Perisakan dgn garam dan gula. Kalau dah masak keluarkan asam keping, nanti terlebih masam pula.
SAMBAL UDANG TERUNG PIPIT
SAMBAL UDANG TERUNG PIPIT
Bahan-bahan :
1 kg udang segar - dibuang muncung dan ekor
2 cawan terung pipit
Garam dan serbuk perasa
Bahan kisar :
Segenggam cili padi+10 tangkai cili hidup
Sedikit belacan
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Cara memasak :
1. Tuangkan sedikit minyak masak kedalam kuali. Apabila panas, tumiskan bahan-bahan kisar tadi sehingga garing
2. Apabila bahan tumis agak garing, masukkan terung dan kacau rata
3. Seterusnya masukkan udang, garam, serbuk perasa dan terus kacau sehingga udang dan terung masak.
4. Tutup api dan sedia dihidangkan
TART TELUR
TAT TELUR
Bahan Kulit:
500 gm tepung gamdum
11/2 cawan majerin
1 sudu besar lemak sayur/crisco (x letak pun x pe tp utk merapuhkan lg)
2 sudu besar gula
1 biji telur
Cara.
1. Gaulkan semua bahan kecuali telur saperti serbuk roti.
2. Masukkan telur dan gaul rata.
3. Canaikan setebal 1/2 cm sebelum diterap bulat.
4. Lletakkan kulit tat di dalam dulang acuan bermangkuk kecil
(petty tin) yang sudah digriskan.
5. Cucukkan dgn garfu..[hilangkan gelembung angin]
6. Bakar selama 10 minit pada suhu 180C.
7. Keluarkan dan tuangkan adunan kastad telur kedalam tat.
8. Bakar semula 5 minit.
9. Sejukkan dan hidangkan.
Filling Kastad
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air biasa
1 sudu besar tepung kastad
1/2 s/teh vanilla
sedkit pewarna kuning
Cara:
1. Gaul semua semua bahan perlahan sehingga sebati.
2. Tuangkan keatas kulit tat yg telah dibakar separuh masak
Monday, July 29, 2013
BISKUT BADAM NESTUM
Bahan:
1 cawan nestum
1/2 cawan serbuk badam
1/2cawan kepingan badam (untuk hiasan)
250gm mentega
250gm tepung gandum
100gm tepung jagung
150gm gula ising
sedikit esen vanila
cara:
Campurkan mentega dan gula.Kemudian pukul hingga kembang.Masukkan semua bahan bahan lain.Uli hingga jadi doh. Canai doh yang telah siap dan tekap ngan acuan yang suka.hias ikut cita rasa. Bakar selama 15- 18 minit ..suhu 160c..
Bahan:
1 cawan nestum
1/2 cawan serbuk badam
1/2cawan kepingan badam (untuk hiasan)
250gm mentega
250gm tepung gandum
100gm tepung jagung
150gm gula ising
sedikit esen vanila
cara:
Campurkan mentega dan gula.Kemudian pukul hingga kembang.Masukkan semua bahan bahan lain.Uli hingga jadi doh. Canai doh yang telah siap dan tekap ngan acuan yang suka.hias ikut cita rasa. Bakar selama 15- 18 minit ..suhu 160c..
Sunday, July 21, 2013
BISKUT KACANG PEAS
BISKUT KACANG PEAS
Cara-cara Menyediakan Biskut Kacang Peas:
1. Panaskan oven 180 darjah celcius dan griskan loyang.
- 2. Satukan tepung + tepung jagung + kacang peas +gula aising= gaul sebati dalam mangkuk besar.
- 3. Tuangkan pula minyak sedikit demi sedikit sambil tangan menguli menjadi doh.
- 4. Canaikan dan terap dengan acuan pilihan ataupun boleh bulatkan sahaja.
- 5. Sapukan kuning telur diatas dan bakar selama 20 minit atau sehingga masak.
Wednesday, July 17, 2013
SAMBAL TUMIS TELUR
Sambal Tumis Telur Ikan Bilis
Bahan2nya
4 sudu besar - Cili Kisar tanpa cuka
4 sudu besar Bawang besar - dikisar
1 knorr ikan bilis atau belachan yang di bakar 1 inch
7 biji telur - direbus
1 genggam - ikan bilis kering - dicuci & ditoskan
Garam & gula secukup rasa
Minyak Masak - Sayur/Kacang
Cara2nya
Panaskan minyak, tuangkan bawang besar dan cili kisar. Goreng bersama belachan atau knorr ikan bilis. Letakan garam gula kemudian gaulkan, rasa sambalnya. Masukan ikan bilis dan telur rebus kedalam sambal tumis. Bila sambal mendidih, tutupkan api. Sajikan pada nasi lemak atau nasi putih.
Bahan2nya
4 sudu besar - Cili Kisar tanpa cuka
4 sudu besar Bawang besar - dikisar
1 knorr ikan bilis atau belachan yang di bakar 1 inch
7 biji telur - direbus
1 genggam - ikan bilis kering - dicuci & ditoskan
Garam & gula secukup rasa
Minyak Masak - Sayur/Kacang
Cara2nya
Panaskan minyak, tuangkan bawang besar dan cili kisar. Goreng bersama belachan atau knorr ikan bilis. Letakan garam gula kemudian gaulkan, rasa sambalnya. Masukan ikan bilis dan telur rebus kedalam sambal tumis. Bila sambal mendidih, tutupkan api. Sajikan pada nasi lemak atau nasi putih.
Resepi asal : Chef Joha Hassan
Saturday, July 13, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)







