Tuesday, October 8, 2013

Koktel Buah-buahan



Bahan-bahannya:

2 tin koktel buah-buahan - ambil bersama airnya
1 tin buah longan - ambil bersama airnya
1 tin buah laici - ambil bersama airnya
1 mangkuk jeli nata de coco - laici, strawberry dan mangga
200 gram buah ceri
Buah-buahan segar (strawberry, pisang,mangga, buah kiwi dan betik - jika suka)
4 tin susu sejat F&N
500 ml susu segar dutch lady
1 tupperware ais krim perisa vanilla
ketulan ais secukupnya
Ais krim soda - jika suka


Cara-cara menyediakannya:

1. Sediakan punch bowl. Masukkan susu sejat diikuti dengan ais krim vanilla. Biarkan ais krim larut di dalam susu sejat dan gaul rata.

2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain dan kacau rata. Masukkan juga semua buah-buahan segar yang telah dikupas kulit dan didadu jika suka.

3. Akhir sekali masukkan ketulan ais dan bolehlah dihidangkan.

Salad Buah-buahan


Buah epal
Buah kiwi
Buah naga
Buah strawberry
Buah anggur
Buah jambu air
Buah honeydew

Semua buah-buahan di atas di basuh bersih dan dipotong dadu dan disimpan di dalam satu bekas. Perahkan sedikit air limau nipis.

Bahan untuk sos:

Yogurt
Mayonnaise
Sedikit susu pekat manis/ madu
Sedikit jus limau nipis

Campurkan semua bahan-bahan untuk sos dan dikacau hingga sebati. Tuang ke atas buah-buahan dan gaulkan hingga rata. Hidangkan...

Monday, October 7, 2013

Kek Sarang Semut (Kek Gula Hangus)






Kek Sarang Semut / Kek Gula Hangus

1 tin kecil butter (250gm) ~ boleh gunakan 1 ketul/bar butter
12 bj telur ayam
1/2 cawan susu pekat manis
4 cawan gula
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum ~ ayak
4 sudu kecil soda bikarbonat

Cara2:

1. Cairkan butter dan biarkan sejuk.


2. Masak gula hingga hancur dan masukkan 2 cawan air dengan berhati-hati. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.


3. Telur dikacau hingga cair (jgn dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.


4. Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.


5. Kacau hingga sebati dan tapiskan.


6. Tuang ke dalam loyang yg telah digriskan dan dialas dgn baking paper.


7. Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)

8. Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.

 

Sunday, October 6, 2013

Apam Soda



Apam Soda


Bahan-bahannya


3 cawan tepung gandum


3 biji telur gred B


1 1/2 cawan gula 


1 cawan ice cream soda


1 sudu makan ovellete



Mula2 putarkan telur dengan gula sampai kembang. Masukkan pula ovellete. 


Putar lagi  sampai putih kemudian selang-selikan dengan ice cream soda dan 

tepung. Putar lagi sampai adunan  nampak likat. Bahagilah kepada beberapa 

warna yang kita ingini. Selepas itu bubuh di dalam beg plastik  supaya senang 

untuk  dipicit ke dlm acuan. Gunakanlah paper cup. Kukus selama 15 minit.

Kuih Apam






BAHAN-BAHANNYA :

1 cawan nasi sejuk
3/4 cawan gula pasir 
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 camca teh instant yeast (mauripan)
Pewarna makanan pilihan anda
Kelapa parut putih + secubit garam = gaul rata & kukus sekejab

CARA MEMBUATNYA :

Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast. Kacau rata dan ketepikan. Kisar nasi sejuk bersama air dan gula pasir hingga halus. Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin. Perap 3 jam.
Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak. Kacau bancuhan apam, letak pewarna makanan pilihan anda dan kacau rata . Sudukan dalam acuan hingga hampir penuh, buat hingga siap.
Kukus dengan api kuat selama 15 minit, balut tutup kukus anda dengan kitchen tuala yang bersih . Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut (anda boleh kukus sekejap kelapa parut tadi untuk tahan lebih lama).

Friday, October 4, 2013

CHEEZY WEDGES





BAHAN2 wedges:
Kentang 10bji
Tepung kfc 1/2 cawan
Air rebus kentang.

Cara menyediakan kentang wedges:


CHEEZY WEDGES


Belah kentang mengikut potongan wedges & basuh sehingga bersih ( Kulit Jangan Buang)
Rebus kentang selama 15 minit
Toskan
Hati-hati kentang wedges boleh patah masa ni sebab sudah empuk
Biarkan 15minit. Ambil tepung kfc gaulkan semua wedges tu. Panaskan minyak, apabila minyak telah panas kecilkan api dan masukkan wedges tersebut.
Angkat apabila sudah masak kekuningan.

Sos cheese
BAHAN2
2 ½ sudu mentega
2 ½ sudu tepung gandum (kalau nak lagi pekat lebihkan tepung)
1 liter susu segar
1 sudu kecil garam (secukup rasa..kalau tak mau masin kenalah sukat dan rasa)
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk lada putih
12 keping cheddar cheese (jenama cheesedale)
Sedikit pewarna kuning telur untuk cantikkan lagi warna chezzy

Cara-cara
Cairkan butter, masukkan tepung gandum, kacau jgn bagi berketul, masukkan susu, masukkan serbuk cili, serbuk lada putih dan masukkan cheddar cheese… masak hingga kepekatan yang dikehendaki. Letak pewarna kuning telur untuk naikkan seri cheezy. Mula2 nampak je cair..tapi bila dah sejuk  sos akan jadi kental.

Tuesday, October 1, 2013

KEK LUMUT




KEK LUMUT

bahan-bahan : loyang 8" x 8"

  • 10 biji telur gred A
  • 450g mentega berkualiti tinggi 
  • 3/4 cawan gula kastor 
  • 2 cawan nestum (dikisar halus)
  • 1 cawan serbuk almond
  • 1 cawan serbuk horlicks
  • 1 cawan tepung hongkong/gandum (diayak)
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 botol besar (60 ml) pes pandan  
  • 1 cawan susu pekat manis


Cara-cara :

1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan dengan sedikit  tepung (alaskan loyang dengan kertas minyak jika suka) 

2.Pukul mentega bersama gula halus dan esen vanilla hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima. 

3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed perlahan). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis. 

4. Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati. 

5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dengan horlicks, serbuk almond dan nestum . Kacau sebati. 

6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil yang sudah disapukan sedikit butter (supaya permukaan kek tak melekat pada kertas foil). 

7. Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering) 

8. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. 


 
Blogger Widgets