Saturday, August 1, 2015

Semperit Susu

Semperit susu
250gram buttercup
2 sudu mkn gula aising
1/2 cawan susu pekat
400gram tepung jagung

* gaul semua guna senduk/spatula sahaja
* gaul sampai x melekat Kt tangan...jgn keras sgt
* terap dengan acuan, hias dan bakar



Saturday, July 25, 2015

Mee Rebus



RESEPI MEE REBUS

Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua
Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah
Cara memasak:
Tumiskan bawang merah, bawang putih,lengkuas,serai,cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya.masukkan garam,gula,aji,sos tomato.
Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.

Pajeri Nenas



RESEPI PAJERI NANAS

Bahan-bahannya :
● Sebiji nanas sederhana besar
● 5 biji bawang merah*
● 2 biji bawang putih*
● 1" halia*} dimayang
● segenggam udang kering direndam sekejap dgn air panas dan toskan
● 1 sk halba+biji sawi
● 3 cm kulit kayu manis
● 5 sb rempah kari Baba`s(digaul dgn sedikit air)
● 3 cwn santan pekat (dr sebiji kelapa)
● 2 sb gula pasir
● 3 sb kerisik
● garam secukup rasa

Cara membuatnya :
1. Buang kulit nanas dan potong kecil kemudian dicelur sekejap.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kulit kayu manis, halba, udang kering, kacau sehingga naik aromanya.
3. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan santan, kacau rata dan masukkan nanas diikuti kerisik, kacau supaya rempahnya tak melekat pada kuali.
5. Masukkan gula dan sedikit garam, masak sehingga kuahnya pekat dan pecah minyak.

Sedia untuk dihidangkan


Cornflakes Coklat


Bahan-bahan: 

Coklat masakan 
Mentega or Planta
Cornflakes
Manik berwarna warni sebagai hiasan
Paper cup

Cara Membuatnya:

Susun papercup dalam dulang .
Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.
Bila dah cair,tutup api dan angkat letakkan di tempat lain.
Masukkan cornflakes dalam mangkuk ke apa key g senang korunk nak gaul nanti.
Masukkan coklat, gaul rata.
Masukkan cornflakes yang telah digaul tadi ke dalam paper cup.
Tabur manik berwarna warni sebagai hiasan.
Sejukkan dalam peti sejuk.
Siap untuk disusun dalam balang.

Kek Lapis Keju



Kek Lapis Keju

Bahan-bahan :

20 keping biskut marie ikut perisa apa yang anda suka (original/chocolate/coffee)
1 cawan susu segar
250g cream cheese
100g whipping cream non-dairy
3 sudu besar gula castor
1 sudu besar gelatin halal
50 ml air panas

Cara Membuatnya:

 Putar cream cheese dgn gula hingga kembang. Dalam bekas yang berlainan putar whipping creamhingga kental. Campurkan kedua-duanya dan gaulkan bersama dengan spatula.

 Cairkan gelatin dgn air panas. Bila telah hancur tapis dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau hingga rata dan sebati.

 Sediakan bekas/loyang dengan dilapik dengan aluminium foil atau kertas minyak keseluruhannya agar mudah ditarik keluar bila keras nanti.

 Panaskan susu seketika kemudian angkat. Celupkan biskut marie sekejap jgn sampai lembik.

 Lapiskan satu persatu dengan adunan cream cheese tadi sehingga habis.

 Bekukan dalam 1-2 jam dalam peti ais. Bila keras bolehlah makan.



Sunday, March 23, 2014

Mee Kari



Bahan-Bahan:
8 biji bawang merah yang dikisar halus
3 biji bawang putih yang dikisar halus
1 peket serbuk kari daging (apa-apa jenama pun boleh)
2 sudu besar cili giling
1 bungkus mi kuning yang dicelur
Tauge juga dicelur
Sawi juga dicelur
Daun kobis dipotong-potong
Daun kesum juga dipotong-potong
1 batang bunga kantan yang dihiris kasar
Cili api
Bawang goreng
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
2 keping tauhu yang dipotong kecil
300 gram udang (mula-mula dibuang kulit, kulit udang dicuci sekali, dikisar halus dan ditapis airnya)
200 gram isi kerang atau sotong
300 gram daging
1 keping kek ikan (fishcake) yang dipotong
4 biji bebola ikan (fishball) yang dibelah empat
4 biji telur yang direbus
Santan dari 1 biji kelapa
Sedikit air


Cara membuatnya:
1. Mula-mula tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan sedikit air bersama cili giling dan serbuk kari.
3. Setelah kedua-duanya masak dan berwarna agak gelap sedikit, masukkan air asam jawa dan air rebusan kulit udang tadi bersama daging dan 1/4 daripada santan kelapa.
4. Biar sehingga daging empuk.
5. Kemudian, masukkan udang, kerang, tauhu, bunga kantan, daun kesum, daun kobis, kek ikan, bebola ikan dan baki santan tadi. Biarkan menggelegak sambil dikacau-kacau kuahnya supaya santan tidak pecah minyak.
6. Masukkan garam secukup rasa dan angkat untuk dihidangkan
.

Saturday, December 21, 2013

KARI KAMBING ISTIMEWA CHEF WAN




KARI KAMBING ISTIMEWA CHEF WAN
By: Dato Chef Wan
Rujukan : Buku Masakan Sedapnyaaa...2

1/2 cawan minyak sapi...

4 tangkai daun kari
1 kg daging kambing batang pinang ~ dihiris
2 biji tomato ~ potong baji
1 cawan krim putar
1/2 cawan yogurt
gula secukup rasa ~ gula melaka pun boleh
Garam secukup rasa
Segengam Daun ketumbar ~ dicincang

Pes Rempah
15 ulas bawang merah
2 labu bawang besar ~ dipotong
3 cm halia ~ dihiris
6 ulas bawang putih
6 tangkai cili hijau ~ di buang biji dan hiris
4 kaki akar ketumbar
segengam daun pudina
20 biji lada hitam

Rempah Ratus
6 kuntum bunga cengkih
2 cm kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Rempah Serbuk
1 sudu besar garam marsala
1 sudu teh serbuk lada putih
3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar cili serbuk
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar

Campurkan bahan-bahan rempah di dlm mesen pengisar dan kisar hingga halus.
Panaskan minyak sapi di dlm periuk atau kuali yang dalam .
Masukkan daun kari, rempah ratus dan pes rempah.
Tumis atas api kecil selama 10 minit atau sehingga harum.
Bancuhkan rempah serbuk dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
Campurkan dalam rempah yang sedang ditumis bersama-sama daging kambing.
Kacau selalu selama kira-kira 15 minit atau sehingga daging disaluti dengan bahan rempah dan perisa meresap ke dalam daging.
Tambahkan air secukupnya untuk meliputi bahan-bahan
Renihkan, kacau selalu selama 1 jam atau sehingga daging empuk.
Masukkan tomato, krim putar dan yogurt
Perasakan secukupnya dengan gula dan garam.
Taburkan daun ketumbar dan kacau rata.
Angkat dari api dan hidangkan bersama nasi atau roti.

# Boleh gantikan daging kambing dgn daging lembu/kerbau.
Blogger Widgets