Saturday, December 21, 2013

KARI KAMBING ISTIMEWA CHEF WAN




KARI KAMBING ISTIMEWA CHEF WAN
By: Dato Chef Wan
Rujukan : Buku Masakan Sedapnyaaa...2

1/2 cawan minyak sapi...

4 tangkai daun kari
1 kg daging kambing batang pinang ~ dihiris
2 biji tomato ~ potong baji
1 cawan krim putar
1/2 cawan yogurt
gula secukup rasa ~ gula melaka pun boleh
Garam secukup rasa
Segengam Daun ketumbar ~ dicincang

Pes Rempah
15 ulas bawang merah
2 labu bawang besar ~ dipotong
3 cm halia ~ dihiris
6 ulas bawang putih
6 tangkai cili hijau ~ di buang biji dan hiris
4 kaki akar ketumbar
segengam daun pudina
20 biji lada hitam

Rempah Ratus
6 kuntum bunga cengkih
2 cm kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Rempah Serbuk
1 sudu besar garam marsala
1 sudu teh serbuk lada putih
3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar cili serbuk
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar

Campurkan bahan-bahan rempah di dlm mesen pengisar dan kisar hingga halus.
Panaskan minyak sapi di dlm periuk atau kuali yang dalam .
Masukkan daun kari, rempah ratus dan pes rempah.
Tumis atas api kecil selama 10 minit atau sehingga harum.
Bancuhkan rempah serbuk dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
Campurkan dalam rempah yang sedang ditumis bersama-sama daging kambing.
Kacau selalu selama kira-kira 15 minit atau sehingga daging disaluti dengan bahan rempah dan perisa meresap ke dalam daging.
Tambahkan air secukupnya untuk meliputi bahan-bahan
Renihkan, kacau selalu selama 1 jam atau sehingga daging empuk.
Masukkan tomato, krim putar dan yogurt
Perasakan secukupnya dengan gula dan garam.
Taburkan daun ketumbar dan kacau rata.
Angkat dari api dan hidangkan bersama nasi atau roti.

# Boleh gantikan daging kambing dgn daging lembu/kerbau.

Kuih Peneram




1cwn gula merah
1cwn gula pasir
(masak sampai hancur gula sahaja)
4cwn tepung beras...

2 sudu besar tepung gandum
(campur kedua2 tepong)


Cara:-
Uli tepung dgn gula yg dimasak sampai sebati dan perap semalaman..
 Esoknya baru goreng..

Ikan Siakap Bakar



Bahan2 nya
1 ekor ikan siakap segar
1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih
bahan2 di atas dikisar halus
2 batang serai di titik saja
4 sudu besar cili kisar
1 kuib knorr ikan bilis
1 biji buah tomato
2 biji limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara2 nya
Panaskan minyak di kuali dan letakkan 2 batang serai yang di titik. Tumiskan bawang kisar dan cili kisar bersama knorr. Goreng hingga cili nya masak letakan garam dan gula secukup rasa. Di dulang pembakar, letakan aluminium foil dan daun pisang. Letakan ikan dan buah tomato hiris. Tuangkan sambal dan balut ikan nya. Panaskan ketuhar pada suhu 170C. Letakan ikan dan panggang selama 20mins. Bila sudah masak, buka dan panggang ikan pada api atas untuk 8mins. Sajikan dengan perahan jus limau kasturi dengan nasi putih.
Blogger Widgets