Monday, July 29, 2013



BISKUT BADAM NESTUM
Bahan:
1 cawan nestum
1/2 cawan serbuk badam
1/2cawan kepingan badam (untuk hiasan)
250gm mentega
250gm tepung gandum
100gm tepung jagung
150gm gula ising
sedikit esen vanila

cara:
Campurkan mentega dan gula.Kemudian pukul hingga kembang.Masukkan semua bahan bahan lain.Uli hingga jadi doh. Canai doh yang telah siap dan tekap ngan acuan yang suka.hias ikut cita rasa. Bakar selama 15- 18 minit ..suhu 160c..

Sunday, July 21, 2013

BISKUT KACANG PEAS

BISKUT KACANG PEAS



  • 2 cawan tepung gandum
  • 6 sudu makan tepung jagung/kastad
  • 2 cawan gula aising
  • 2 cawan kacang peas kisar 
  • minyak canola secukupnya
  • 1 biji telur + sedikit pewarna kuning=bancuh untuk hiasan

  • Cara-cara Menyediakan Biskut Kacang Peas:

    1. Panaskan oven 180 darjah celcius dan griskan loyang.
    1. 2. Satukan tepung + tepung jagung + kacang peas +gula aising= gaul sebati dalam mangkuk besar.
    2. 3. Tuangkan pula minyak sedikit demi sedikit sambil tangan menguli menjadi doh.
    3. 4. Canaikan dan terap dengan acuan pilihan ataupun boleh bulatkan sahaja.
    4. 5. Sapukan kuning telur diatas dan bakar selama 20 minit atau sehingga masak.

    Wednesday, July 17, 2013

    SAMBAL TUMIS TELUR



    Sambal Tumis Telur Ikan Bilis

    Bahan2nya
    4 sudu besar - Cili Kisar tanpa cuka
    4 sudu besar Bawang besar - dikisar
    1 knorr ikan bilis atau belachan yang di bakar 1 inch
    7 biji telur - direbus
    1 genggam - ikan bilis kering - dicuci & ditoskan
    Garam & gula secukup rasa
    Minyak Masak - Sayur/Kacang

    Cara2nya
    Panaskan minyak, tuangkan bawang besar dan cili kisar. Goreng bersama belachan atau knorr ikan bilis. Letakan garam gula kemudian gaulkan, rasa sambalnya. Masukan ikan bilis dan telur rebus kedalam sambal tumis. Bila sambal mendidih, tutupkan api. Sajikan pada nasi lemak atau nasi putih.


    Resepi asal : Chef Joha Hassan




    Saturday, July 13, 2013

    COMEL...


    AYAM MASAK LEMON



    Ayam Masak Lemon 

    Bahan² A
    4 keping dada ayam _ belah bahagian yang tebal tapi jangan putus
    1 tbsp sos lada hitam Life
    1 tbsp sos plum Loon Kee
    1/2 tbsp gula
    1 biji kuning telur
    1/2 biji parutan kulit lemon
    2 tbsp tepung kastard
    1 1/2 tbsp tepung ubi kayu
    1/2 tsp minyak bijan
    1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
    Garam

    Bahan² B ( Dicampurkan ) Boleh Digandakan adunan ini
    1/2 cawan tepung jagung
    1/2 cawan tepung gandum
    1/2 cawan tepung beras
    1 1/2 tsp biji bijan

    Bahan² C ( Untuk Sosnya )
    6 ulas bawang putih _ dicincang
    4 ulas bawang merah _ dicincang
    1 inci halia _ dicincang
    4 - 4 1/2 tbsp jus lemon _ boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing²
    3 - 3 1/2 tbsp sos plum Loon Kee _ mengikut citarasa masing². Jika suka boleh bubuh 4 tbsp
    2 tbsp sos tiram Maggi
    1 1/2 cawan air
    Gula
    Garam secukup rasa

    Bahan² Lain
    Sedikit tepung jagung + sedikit air untuk pemekat
    1/2 biji lemon _ dihiris nipis
    Minyak

    Cara-cara memasak:
    1. Campurkan kesemua bahan-bahan A dan perap selama 30 minit - 1 jam.
    2. Kemudian saluti ayam dengan bahan-bahan B dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
    3. Sementara itu bolehlah sediakan sosnya.. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
    4. Masukkan bahan-bahan sos selebihnya dan biarkan hingga ianya mendidih.
    5. Tambahkan bancuhan tepung jagung, gula dan garam secukup rasa.
    6. Didihkan seketika dan bolehlah ditutupkan api.
    7. Tuangkan di atas ayam goreng tadi yang telah dipotong dan disusun di atas pinggan bersama hirisan lemon.

    TRIFLE BUAH-BUAHAN


    [DESSERT]
    Trifle Buah-Buahan Dlm Tin
    Bahan-Bahan:

    1 bungkus kek swiss roll
    1 kotak agar-agar segera (Lady’s Choice) – perisa strawberry
    1 tin fruit cocktail
    2 sudu besar tepung kastard
    3 sudu besar gula
    3 cawan susu segar
    Cara:

    Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
    Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
    Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
    Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
    Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
    Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
    Masukkan ke dalam peti sejuk.

    P/S:Credit To:_http://www.potretkasih.com/tag/buah-buahan-dalam-tin/

    TENGGIRI ASAM DAUN KARI



    Tenggiri Asam Daun Kari
    Bhn²
    4 keping ikan tengiri
    1 labu bawang besar*
    2 ulas bawang putih*
    sedikit halia*
    1 biji lada merah dan hijau* ( *bahan bertanda dihiris )
    1 batang serai ( ketuk )
    Sedikit daun kari
    Garam
    Perasa
    Air asam jawa


    Cara²


    1. Bersihkan ikan, lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak.. goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
    2. Keluarkan minyak dari kuali.. tinggalkan sedikit, masukkan bahan yang telah dihiriskan tadi, tumis hingga layu.
    3. Masukkan lada, serai, daun kari, garam, perasa dan air asam.
    4. Biarkan sebentar, baru masukkan ikan tadi.
    5. Kalau suka berkuah agak² hampir pekat matikan api.

    P/S:Credit To:_http://skybluemelleymey.blogspot.com/2011/06/tenggiri-asam-daun-kari.html

    BUBUR SOM SOM



    Bahan-bahannya:
    100gm tpg beras
    30gm tpg jagung
    1sk garam
    1 kotak kecil santan
    1liter air
    pewarna hijau & esen pandan

    Campurkan semua bahan.. sentiasa kacau hingga masak. bila dah meletup2 tu dah masak la tu.. masuk dlm acuan.. biar set..

    Bahan-bahan untuk air gula:
    1 ketul gula melaka
    1 mug air
    sehelai daun pandan

    Masak atas api hingga mendidih.. siap.. bubur som som sedap dimkn sejuk2...

    Udang Mentega



    Bahan-bahannya:
    1 kg udang
     1 pek serbuk butter prawn ( bole dptkan di cosway )
     daun kari 3 tangkai/cabang
     5 biji cili padi (klo suka pedas bole tambah lagi tp serbuk butter prawn tu dah pedas)
     2 sudu besar mentega
     minyak utk goreng udang

     Cara-cara memasak:
     Goreng udang sampai masak.  Selepas tu toskan minyak. Gunakan kuali yg lain utk cairkan butter dgn api kecil. Setelah cair masukkan cili padi & daun kari. Goreng sampai naik bau. Kemudian masukkan udang dan gaul sebati. Padamkan api, curah serbuk butter prawn dan gaul sebati.

    NESTUM COOKIES



    Biskut Nestum 

    Bahan-bahannya :
    300 gm mentega (use pure butter like anchor or tatura or scs ye kalau nak kukis sedap)
    100 gm kismis ( can omit)
    1 bj kuning telur
    1 cwn gula halus


    ***
    1/4 cwn serbuk badam
    2 sudu besar tepung susu fernleaf (use Fernleaf brand only, psl susu ini bau wangi dan lemak berkrim compared to other brand)
    1/2 cawan tepung jagung
    The rest tepung red rose
    *** Jadikan cukup 3 cawan

    3 cwn nestum 


    Cara membuatnya:

     Campurkan kesemua bahan dan uli hingga sebati. Bentukkan kecil-kecil dan bakar.

    Rojak Petis Sayur Dan Buah



    Rojak Petis Sayur & Buahan bersama Yu Teow(Char Kway), Juadah sampingan untuk berbuka.

    Bahan2nya
    1 mangkuk Sengkuang - dihiris2
    1 mangkuk Nenas Madu - dihiris2
    1 mangkuk Timun - dihiris2
    1 biji buah epal hijau - dihiris2
    1 mangkuk kacang goreng yang ditumbuk halus
    2 keping Yu Teow(Char Kway) di potong kasar2
    Gula secukup rasa
    2 sudu besar gula merah halus
    1 sudu besar cili kisar
    3 biji jus limau kasturi
    3 sudu besar petis
    1/2 cawan air suam

    Cara2nya
    Di sebuah mangkuk yang besar / atau basin kecil, letakan 3 sudu petis, cili kisar, perahan jus limau kasturi, air suam dan gula, gaulkan rata2. Letakan gula merah dan gula biasa secukup rasa. Rasa sos nya. Kemudian letakan hirisan, sayur sengkuang, timun, epal hijau, Yu Teow dan nenas. Gaulkan kesemua bersama sos petis nya. Letakan kacang goreng secukup untuk rojak anda. Sajikan bersama juadah lain atau ratah2 saja. Boleh letak buah jambu merah dan bunga kantan kalau ada.

    (Resepi asal dari Chef Joha Hassan....)

    Friday, July 12, 2013

    NASI AYAM TOMYAM




     Tumis rempah2 tomyam ▬▬► masukkan isi ayam yg dipotomg kecil ▬▬► bubuh dlm rice cooker ▬▬► tmbah beras basmati ▬▬► tmbah susu sejat ▬▬► tanak mcm biasa

    PANCAKE




    3 biji telur
    3 sudu besar gula pasir
    2 sudu besr maejerin@buttercup 
    fresh milk
    1 cwn tpg gandum

    1 sudu kecil baking powder
    esen vanila

    Caranya~

    Blender kan telur dan gula smpai kembang sikit
    Masukan marjerin ( yg dicarikan kalau ada microwave msuk kn seminit dh ok)
    Blend kan sehingga kembang sekejap...masuk kn fresh milk , esen vanila...
    Masukkn tpg gandum blend hingga agak pekat sikit 
    Baru msuk kan seseudu kecil baking powder...
    Selepas tu tutup sekejap dn biar kn naik dlm setgh jam shj...
    Bole dibakar atas pan..
    Blogger Widgets